Archive | September, 2010

Siapa Namewee Ini?

30 Sep

Sesiapa boleh beritahu apa budak ini sudah perbuat sampai dia boleh jadi musuh pada bangsa Melayu?

Jangan salah faham, saya ini pencinta bangsa dan sekadar mahu jelas; tak mahu hidup dalam kekaburan (ya, hal budak ini jadi semakin kabur bila diperhalusi).

Apa undang-undang yang dia langgar?

1. ___
2. ___
3. ___

Adakah dia orangnya yang lesapkan berbilion dana awam, yang menyalah-guna kuasa dan rasuah?

Adakah dia orangnya yang menyebabkan bangsa Melayu rata-rata berpendapatan rendah dan tidak memiliki ekuiti dalam ekonomi negara (ini istilah “spinner”, maksudnya ialah orang yang tidak memiliki, orang yang “menumpang” di negara sendiri)?

Adakah dia dalangnya yang menyebabkan bahasa Melayu yang cantik dan mulia dihina dicela? budak inikah yang main-main perosokkan bahasa indah atas lantai pasar, dipertutur oleh penjual pelat; kononnya bahasa Melayu tak layak jadi bahasa pengantar Sarjana?

Adakah dia orangnya yang membiarkan pengaruh kuning berleluasa dan bebas diserap muda-mudi bangsa Melayu sehingga ramai yang rosak akhlak mereka?

Adakah dia orangnya yang berbuat dasar memanjakan bangsa Melayu sehingga mereka diperlekeh (dihina?) walaupun ramai yang pandai, berbakat dan berjaya atas usaha sendiri?

Saya henti di sini, tuan-tuan yang pandai dan perkasa tolong beri jelas pada saya.

… atau mungkin salahnya pada saya ini yang sudah tak mampu lagi lihat yang “halus-halus”.

Maaf, saya sendiri pandang tinggi budak ini; saya masa baya dia hanya asyik dengan dunia sendiri (cari duit, cari lebih banyak duit dan libur-libur); tak terlintas pun mahu fikir hal negara dan kebangsaan.

Tabik tuan-tuan, jangan gantung saya..

Jangan emosi dan gelar saya pengkhianat bangsa!

Pecah Amanah dan Tangkap

29 Sep

… ๐Ÿ˜ฆ

hari ini perbuat lagi

yang tidak disukai

buat laporan CBT

CBT = Criminal Breach of Trust = Pecah Amanah

Adik-adik dikasihi, dengar ini abang nak kongsi..

Menguruskan wang orang ialah bidang tugas Pengurus Bangunan; dan saya ini pula menguruskan mereka; jadi sudah tugas saya untuk ambil tindakan bila ada kejadian mencuri wang orang (pecah amanah); bukan tugas yang saya sukai bilamana terpaksa menyaksikan sendiri hasil kerja yang “baik” ini; bukan orang bersalah sahaja yang dihukum, keluarga yang tak berdosa akan turut menderita.

Bukan cerita orang ini yang nak dikongsi; yang nak dikisah ialah mengenai sifat “tamak” itu sendiri; sebagai panduan hidup adik-adik.

Dari pemerhatian, sifat tamak inilah yang menyebabkan orang yang pecah amanah tertangkap; boleh sahaja dia terlepas dan jenayah yang dibuat sebelumnya itu jadi “perfect crime” @ jenayah sempurna; malangnya hakikat tidak begitu.

Orang yang sudah mula sekali mencuri ini rupa-rupanya, atas sebab yang jadi misteri pada saya dan mereka juga (tamak?), tidak akan berhenti pada kali pertama dan akan teruskan curian; walaupun kali pertama itu atas alasan tidak sengaja (terdesak, pinjam tanpa kebenaran kononnya?).

Sehinggalah mereka tertangkap; dan beginilah setiap kali, every and each time. Saya tonton macam cerita wayang, cuma kebenaran penderitaannya sedarkan diri yang ia bukan hiburan.

Adik-adik, ingat-ingatlah sebelum mula mencuri (pecah amanah, rasuah, salahguna kuasa dll).

“satu dan satu-satu kali sahaja” @ “once and the only time” tidak wujud; itu bisikan tipudaya syaitan.

Jangan ingat adik boleh lepas dari sifat tamak dan jangan sekali-kali ingat adik boleh LEPAS; itupun bisikan tipudaya syaitan.

Hati-hati..

Nak Buka Kelopak Hati

28 Sep

.. supaya celik.

ilmu pengetahuan dan rasa kisah bisa mencelikkan hati yang buta..

tahu cinta, kisah, ada usaha mahu jaga

tahu derita, kisah, ada usaha ambil bena

tahu negara, kisah, ada usaha bantu bina

tahu bangsa, kisah, ada usaha untuk bela

tahu agama, kisah, ada usaha tuju taqwa

tak tahu, tak kisah, tak apa..

hati pun buta, tiadalah usaha

berlibur sepanjang masa

asyiknya ketawa

gembira

ya, ya, ya.. sahaja

sebagai panduan kenali orang yang buta hatinya..

tahu dia nak ajak kita ketawa sepanjang masa..

cerita yang seronok sahaja..

bila berkisah hal yang boleh tambah ilmu di dada, dia kurang suka..

tak harmonis, tak menarik, kata dia..

berkawan dengan kera, kita pun ikut terkinja-kinja..

wallahualam, saya ini hanya spontan berbicara..

guna bahasa yang saya tahu dan suka..

bukan nak tuju pada sesiapa, cuma nak keluarkan yang ada di dalam dada..

ramainya yang buta tak celik hati dia, cukup tahun diberi pensel disuruh mereka pilih teraju negara..

apa nak kata?

Pekerjaan Masa

27 Sep

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

berikan akhiran yang baik

pada urusan yang kami mulakan

pada umur yang Engkau berikan

Pekerjaan membawa bekalan ke dunia akhirat bukan kerja main-main, ia perkara paling penting dan sangat mustahak.

Bekalan ke akhirat ialah amal baik; nak beramal baik pula mesti dengan ilmu.

Ilmu pula banyak cabang, setiap cabang sangat banyak rantingnya.

Jika mahu diambil hanya satu ranting dari setiap cabang, pun akan ambil masa yang sangat lama.

Fikir saya..

Daripada mana datang banyaknya masa berhibur dan berbuat sia-sia?

Fikir saya..

Setelah ditolak waktu kerja 10 ke 12 jam satu hari dan waktu tidur 4 ke 6 jam satu malam, berapa jam yang tinggal untuk kita cari ilmu dan beramal ibadat?

hummm…

Amalan dalam Kekurangan

27 Sep

Puisi JR ini dulunya saya baca dan terus baca sehingga ia dekat pada hati.

Sekarang dibaca bila jiwa gelisah mengenang kekurangan diri, bila hati resah teringat dosa yang meninggi.

“Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,

maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;..”

Beri semangat untuk berjalan dan teruskan perjalanan.

Perkara baik bila kita selalu menyesali dosa, asal jangan menyekat hak diri, keluarga dan masyarakat; berikan..

Ini puisi penuhnya:

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.

Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!

Kerana Tuhan telah berfirman:
โ€œKetika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Akulah jalan itu.โ€

~ Jalaluddin Rumi

Rasa Bangga Bangsa

26 Sep

..dan rasa bangga dengan adat dan warisan bangsa (yang tak bercanggah dengan syariat) sendiri tentu ada bezanya.

Saya orang Islam yang berbangsa Melayu, yang percaya Nabi SAW bawa risalah untuk bawa seluruh jagat pada Islam; bukan bawa mereka pada bangsa Arab.

Ada beza itu..

Tak hairan bila saya tergamam bila baca pertanyaan ini:

“Aku tercari-cari ayat-ayat cintakan bangsa

perjuangan untuk bangsa

tidak jumpa

yang kujumpa

ayat tentang siapa yang paling bertaqwa”

Fikir saya,

Lidah Tuhan buat tatapan

Rangkaian makbul lisan

..yang tiada hasutan

Cela-kan adat bangsa suruh tinggalkan

Terkandung, hanyalah gesaan

Rasa Bangga (bangsa, dll) sungguh kutukan

Hamba ini Insan

Terdidik cintanya, berkasihan

..pada warisan

Masih lagi cari-cari Tuhan

Belek-belek Quran

Buat tambah iman

Tujuan bukan bersenangan

Sekadar dapatkan ketenangan

Tersilap bahasa harap dimaafkan

Tersalah iktikad mohon Allah ampunkan

Cari-cari imbangan sebelum mentari senja tenggelam

Rahsia Yang Ada

25 Sep

Milik orang atau punya kita, rahsia usahlah dibuka.

๐Ÿ˜ฆ

Manusia ini sangat bercanggah perkataan dan perbuatan dia.

Dia kata sembah Allah.

Tapi suka lawan Allah.

Perkara yang Allah tutup,

Dia buka.

Allah Tuhan kah atau kita ini Tuhan nak buat sesuka hati?

Tanya-tanya…

Apakah kita sememangnya sudah buang konsep ketuhanan (agama) dalam kehidupan, tak percaya Tuhan.

Sudahlah, usah begitu lagi.

Allah suruh, buat.

Allah larang, jangan buat.

Susah sangatkah?

Allah Sayang Kita?

24 Sep

Setiap kita punya orang yang sayang dia di dunia ini; ahli keluarga, saudara dan sahabat akrab.

Berapa kali orang itu “call” kita dalam sehari?

Sudi dengar kita meminta-minta pada dia.

Kejutkan kita dari tidur, suruh kita segarkan diri.

Paling kurang seminggu satu kali dia beri ingat dan nasihat pada kita.

Sebelum berputus asa

Rasa kehidupan tiada lagi gunanya

Hati hampa tiada lagi kisah dan cinta

Fikir-fikirlah, tanya-tanya

Allah sayang kita?

Lagi Puisi (dari hati)..

19 Sep

Pertunjukan Pesta Alami..

rangkap apa itu kau punyai

bila yang lengkap itu firman Ilahi

warna apa itu kau miliki

bila yang sempurna itu pelangi

(Sunnah Nabi)

gerak apa itu kau kaburi

bila yang jelas itu cermin diri

(Zikir pada Allah, Selawat pada Nabi)

nada apa itu yang kau uliti

bila tenang itu Islam yang hakiki

Allah, Allah, Allah, Allah, Allah-i

apa perlu yang lain dicari?

Bahana Cuti Lama

18 Sep

Macam-macam hal bila pulang semula dari cuti panjang; begitulah lazimnya keadaan tetapi kali agak luar daripada biasa; namun dugaan Allah saya terima dan saya syukuri.

Bagusnya kitchen Abu Alex ada tambahan ahli; refrigerator dan breadmaker baru

๐Ÿ™‚

Sepuluh hari cuti

Bila balik sini

Cari-cari “normalcy”

Raba “routine” diri

Bahana lama cuti

Ah, sudah..!

Kerja sudah, sekolah sudah

ke kolam sudah, ke TKD sudah

biasaan atur semua pun sudah

kenapa masih payah?

Bahana tinggal semua

Lamanya berleka-leka