Labur di Dunia Tuai di Akhirat

30 Nov

Katanya Dana Pelaburan yang “syarie compliance” itu halal, benarkah?

1) Mengapa “pelabur” yang mengeluarkan “pelaburan” sebelum cukup tempoh tidak layak dapat pulangan keuntungan? wang pelaburan mereka tidak diguna-kah?

Soal-jawab, mengapa keuntungan tidak boleh diberi secara pro-rata; apa yang menghalang?

2) Mengapa “pelabur” yang mengeluarkan “pelaburan” tidak dapat sepenuhnya kebali bahagian wang keuntungan yang mereka sumbangkan untuk modal (capital); mereka bukan lagi pelabur (ahli), mengapa wang mereka masih ada dalam dana tersebut? Wang yang tersebut (yang “tertinggal” dan digunakan dengan bebasnya) bukan hak Badan Pelaburan dan Pelabur (ahli)

Soal-jawab, setiap tahun sebahagian besar keuntungan tidak diagihkan sepenuhnya pada pelabur; sebahagian besar keuntungan akan dipulangkan semula ke dalam dana sebagai modal (guna untuk meraih lebih banyak keuntungan pada tahun hadapan).

Pelabur yang menarik diri (mengeluarkan simpanan pelaburan) berhak ke atas sebahagian wang ini (jika sudah sepuluh tahun, berapa jumlahnya) kerana mereka tidak lagi akan nikmati keuntungan pada tahun hadapan.

Soal-jawab, beberapa bulan lagi kebanyakan kita akan tersenyum lebar terima wang keuntungan; tak terfikirkah halal-haram wang yang diterima? sebahagian wang itu ialah wang orang (2 golongan yang dinafikan hak mereka).

2 Responses to “Labur di Dunia Tuai di Akhirat”

  1. Abu Alex December 3, 2010 at 12:58 pm #

    Sekadar nak ajak rakan-rakan berfikir dengan meletakkan soalan-soalan untuk sama-sama kita cari jawapan-nya:

    1) Ada bezakah daging babi yang dimakan ketika darurat dan daging babi yang dimakan ketika aman dan berkuasa? yang dimakan waktu jahil dan yang dimakan waktu tahu?;

    Fizikalnya sama sahaja, bezanya ialah..

    2) Pemilik Bank Tanpa Riba’ (BTR) dan Pemilik Bank Riba’ (BR) adalah orang yang sama, golongan pemilik modal (kapitalis) yang tujuan mereka dalam BTR ialah mahu meraih untung maksima menyamai BR; hal ini diakui sendiri oleh BTR dan dijelaskan dalam prospektus mereka;

    Kita maklum, BR perolehi keuntungan seperti yang mereka kecapi sekarang melalui cara Riba’ dan lain-lain perbuatan yang jelas menekan dan menindas; pencegahan perbuatan menekan dan menindas ini ialah hikmah pengharaman Riba’;

    Kita maklum, BR perolehi keuntungan seperti yang mereka kecapi sekarang melalui pengambilan untung berlebihan yang sangat Nabi SAW benci dan tegah;

    Soalannya, bagaimana caranya BTR boleh mampu menyamai dan menyaingi keuntungan BR seperti yang berlaku sekarang?

    3) Ulama menghukum dan mengeluarkan fatwa mengikut kaedah tertentu; tiada bedanya dengan Penasihat Syarie di bank-bank, mereka menasihat mengikut kaedah-kaedah yang ditentukan oleh syarak; kedua-duanya berkhidmat untuk umat Islam kerana Allah (walaupun majikan mereka berlainan);

    Kita memahami sesuatu fatwa kerana Ulama yang mengeluarkannya akan jelaskan kaedah, mengemukakan dalil dan hujah membela fatwa yang dikeluarkan; dan kita orang awam akan bertaklid dengan Ulama ini dan mengikut fatwa mereka.

    Apakah Penasihat Syarie Bank lalui “jalan sukar” yang sama, supaya jadi harus kita bertaklid dengan mereka?

    Sesiapa di sini boleh beritahu apa kaedah, dalil dan hujah mereka?

    Ada banyak lagi soalan, malangnya saya kesuntukan masa; akan dikongsi bila soalan di atas sudah beres.

  2. Abu Alex December 3, 2010 at 1:00 pm #

    Fikir, apa hukumnya pelabur nikmati untung setiap tahun dengan “memakan hasil penindasan” dan “bukan hak sendiri”?

    Lebih teruk lagi, ramai yang beri alasan “dosa kerajaan yang tanggung”; beri alasan “tak tahu”.

    Sedangkan diri sendiri yang tak mahu tahu, tak mahu fikir.

    Fikir lagi:

    1) “kerajaan” tak masuk neraka, “kerajaan” tiada tubuh dan roh, ia bukan Insan;

    2) “kerajaan” boleh buat apa sahaja tanpa risau hari akhirat;

    3) Harus sangat bimbang ialah Insan yang punya tubuh dan roh; yang berada di dalam dan menyokong “kerajaan”, yang setiap kali berkata “dosa kerajaan yang tanggung”;

Leave a comment